Wednesday, December 30, 2009

KELAS 2010

Laptop baru siap, entah kenapa semalam tosak tetibe. Nak post kat blog un macam terganggu. Sekarang ni bilik bersepah, habuk disana-sini. Memang hari ini macam tiada emosi untuk diri aku tetapi hanya ada untuk ibu ku. Melayan dia sahaja. Lagi beberapa hari untuk ke 3 Januari 2010. Tarikh yang aku benci. Tarikh pulang ke kolej. Terasa macam sayu untuk tinggalkan rumah. Aku terasa macam ada orang lain dalam diri aku yang meronta-ronta untuk keluar.

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Tengok status kebanyakkan pelajar TEKA,
'tak sabar nak jumpa rakan-rakan puncak'. Aku pulak tak rasa macam tu. Kalau rumah dekat macam Farrah mesti best kan. Hari-hari boleh balik. Rasa macam senang je. Kalau rumah jauh, rindu dari jauh saja lah. Hari tu memang dah buat persiapan nak pindah pun tapi mama tak dapat pindah KL. Abah dah lama pindah sana pun. Kerja sana. Kesian mama tinggal sorang-sorang kat sini. Sedih kot. Tapi nak try minta juga nanti pindah bulan 6. Bak kata mama.

Semalam tengok jadual kelas. Pack sangat! Jadual tidur aku macam kena susun balik. Mula-mula, aku start ambil pen dan kertas. Semangat nak tulis jadual kelas next semester. Bila dah siap. Ughh! Pack gilaaaaaa :(

Aku buang saja kertas jadual tu. Next semester nak salin balik. Terpaksa lah jalani hidup penuh busy ini. Ye lah dulu koku macam malam-malam ke, petang-petang ke. Sekarang ini, macam nak sumbat je semua. Rasa menyesal masauk fast track menyelubungi diri. Kalau masuk Kolej Mara Seremban pun takpe. Aku salah seorang yang terpilih dari ratusan. Yang terpilih 25 orang sahaja. Pelajar sana pun dah siap nak pergi Australia. STOP! Yang ungkit yang dah lepas. Bye!

Dah takda mood :(

6 comments:

Nurulfz said...

awatla yg p buang jdual 2??
buat penat salin je
nnt nk p klas tya aku gak

myrnnss said...

rasanya 17 je kot register.

since1990 said...

xpe wei..sabar...
ni nk bgtau..ejaan 'rosak' nape jadi 'rotak'..aku struggle check kat kamus ingtkn tu perkataan baru..tp x jmpe plak..hehe

talktalk said...

aku malas nak pikir lagi pasal kelas. tu yg pi buang.

17 ape wei?

ko ni dasar bdkk penulisan la weii! hahah

talktalk said...

OMG! 17 je dalam ramai2 tu ke myra?

omgpetch said...

kebanyakkan nye lah. aku plak, paling benci tahap dewa tanak blk puncak

Daisypath Anniversary tickers