Friday, January 8, 2010

WISH BIRTHDAY

PERNAHKAH terlintas di fikiran korang?
IBU adalah manusia yang paling penyayang di atas muka bumi ini. Sejak kita lahir di dalam perut ibu kita, sejak mak kita tanggung kita 9 bulan, 9 hari ibu dah jaga kita nak tak nak. Ibu sanggup menahan lapar dengan berpantang, juga berhabis duit sebab nak beli makanan yang best-best untuk kita. Setiap kali mengidam pula, ibu tidak membiarkan anak kecil di dalam perut itu berterusan merengek. Walaupun duit takda sangat, sanggup pegi pinjam kat man-mana semata-mata nak bagi kita makan, membesar dalam perut. Pastu baca ayat-ayat Quran, nk bagi kita pandai sume. Tapi kalau kita besar still jadi macam setan taktau lah.

Bukan takat tu je penderitaan seorang ibu. Ibu diuji lagi. Boleh dikatakan setiap hari ibu mengangkat jasad kita ke mana sahaja ibu pergi. Kandungan yang semakin membesar itu hanya diangkat dengan menggunakan lapisan-lapisan perut yg pada logik akal manusia, perut bukanlah berfungsi untuk mengangkat barang. Tapi ibu mampu melakukannya tanpa bantuan daripada sesiapa!

Perjuangan ibu masih belum selesai! Ibu kita pulak struggle nak lahirkan kita ke dunia ni bertarung hebat secara sengit dengan nyawa dia sendiri. Sebab nak bagi kita hidup kat dunia, bagi peluang kat kita untuk beribadah pada Tuhan, bagi kita peluang untuk balas jasanya.

Bila time Birthday kita pulak, ibu akan berebut-rebut untuk menjadi orang first yang wish kalimah 'HAPPY BIRTHDAY'. Ibu sudah set parti best nak meraikan anak kesayangannya. Ibu kita struggle nak masak macam-macam, nak beli macam-macam. Ibu nak raikannya bersama anaknya. Ibu tahu si anak lebih seronok menyambutnya dengan kawan-kawan, dengan teman istimewa. Ibu juga ingin menjadi salah satu insan yang teristimewa di hati anak. Sebab itu, ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk memaknakan Birthday anaknya.

Sehingga begitu sekali keperitan yang ibu tanggungi. Bermula daripada semasa melahirkan kita, sehinggalah kita sudah bergelar dewasa. Kita masih lupa pada pengorbanan ibu. Kita sebenarnya manusia terkutuk penuh hina yang langsung tidak reti menghargai. 'HAPPY BIRTHDAY'! Kalimah yang langsung tidak layak diucapkan untuk kita, seorang anak yang tidak pernah berkorban apa-apa untuk ibunya. Selayaknya, hanya ibu yang diberi penghargaan dan anugerah 'UCAPAN HAPPY BIRTHDAY' kerana ibu lah yang sakit dan bersusah payah melahirkan kita ke dunia ini. Tetapi di hari yang penuh bermakna itu, kita pula yang meminta-minta. Nak itu, nak ini. Nak hadiah tu, nak hadiah ni. Kadang-kadang tu, bila permintaan tidak dipenuhi, muka masam dan muncung yang akan dihadiahkan buat si ibu. Lepas tu merajuk, taknak bercakap dengan ibu kita sendiri kan?

Dan bila anak lebih seronok menyambutnya dengan kawan-kawan, dengan teman istimewa, ibu pula keseorangan duduk di birai katil. Gambar-gambar kita sewaktu kecil ibu tatap dengan seluruh sebak di dalam hati.

So adik-adik jangan la harapkan sangat orang wish birthday kita, sebaiknya pergilah cium mak-mak, ibu-ibu semua sbb pada hari tu lah dia struggle lahirkan kita, rasa sakit yg amat sangat setelah mati. tarikh lahir kita tu bukan lah penting untuk kita tapi penting untuk ibu, tarikh ibu kita bersabung nyawa melahirkan kita.

2 comments:

Anonymous said...

dis is something to think..tx bro!

Unknown said...

Blog about KameraMin and win an outdoor photoshoot worth rm400.

Send us the link to your blog post. You can send in as many entries as you like. Competition ends 31 August 2010. Winner will be announce in September 2010.

terms and conditions apply.

Daisypath Anniversary tickers